Wednesday, November 23, 2011

 Hampir 15 belas tahun Rojak Mee Antarabangsa dijual di Pekan Simpang Durian.  Kini  bergerak aktif mempromosikan rojak ini keseluruh daerah Jelebu.  Pada 24 November 2011 rojak mee antarabangsa telah mempromosikan produknya di ekspo Jelebu, bertempat di Dataran Pasar Tani Kuala Klawang.  Insya Allah rojak mee antarabangsa akan pergi lebih jauh lagi di arena antarabangsa.  Empat orang pengusaha yang berpengalaman  dalam bidang masing masing telah berganding bahu menyahut seruan kerajaan agar makanan yang lain daripada yang biasa dapat dicipta.  Kini kuah rojak yang dihasilkan adalah berbeza dari kuah-kuah rojak yang biasa.  Kuah rojak ini tiada bahan pengawet dan juga perasa serta tahan selama enam bulan jika disimpan didalam peti sejuk, hanya perlu dipanaskan sahaja sebelum digunakan.

Tuan Syed Muhammad bin Syed Ahmad yang mencipta menu rojak mee antarabangsa adalah bekas chef masakan perhotelan dan juga perkapalan.  Beliau mempunyai banyak pengalaman dan pernah mendapat surat pujian daripada Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan.


Dilahirkan di Negeri Melaka pada tahun 1958, mendapat pendidikan sehingga ke menengah pada tahun 1974,
pernah bekerja sebagai pembantu Tukang Masak sehingga ke peringkat Chef de Partie disebuah Hotel Terkemuka,
pengalaman memperkenalkan Rojak Mee Antarabangsa tercetus pada tahun 1996 di Kampung Mentaus ,Durian Tipus, Jelebu,
Negeri Sembilan dan kini ianya diperkembangkan di-Restoran MYS Simpang Durian, buat masa ini ianya menjadi salah
satu makanan kegemaran pengunjung dibeberapa Negeri seperti Pahang, Negeri Sembilan, Melaka,  Johor,Kuala Lumpur dan
sebagainya, citarasa makanan ini benar-benar enak dan mempersonakan, sekali anda menikmatinya pasti anda tak akan
melupakannya.


Untuk maklumat lanjut boleh menghubung nombor nombor telefon yang tertera.